Inilah Cara BERBAKTI Walau MAK AYAH KITA SUDAH TIADA...
Mak ayah mungkin sudah pergi meninggalkan kita… Tiada lagi senyuman mereka, tiada lagi doa mereka mengiringi kita setiap hari. Namun, kasih sayang kita kepada mereka tak pernah pudar.
Jangan biarkan pahala mereka terhenti! Infaqkan atas nama mereka, bantu pulihkan rumah Allah yang sudah uzur ini supaya lebih kukuh untuk setiap sujud hamba-Nya. Selagi masjid ini berdiri, selagi itulah pahala mengalir untuk mereka di alam sana.
Masjid berusia 100 tahun ini memerlukan bantuan anda!
Masjid Wan Chik Ariffin, Pulau Pinang yang telah banyak berjasa lebih daripada 100 tahun. Tapi yang sedihnya masjid ini dalam keadaan agak uzur kerana usia yang semakin lanjut. Impian jemaah untuk beribadah dengan tenang bergantung pada kita.
Atas keprihatinan ini, YAYASAN MIHRAB melancarkan Kempen Baik Pulih Masjid Wan Chik Ariffin untuk memastikan masjid ini terus kekal menjadi tempat kita meraih pahala, tempat anak-anak belajar mengaji, dan tempat umat Islam berkumpul mencari keberkatan.
Masjid ini dalam keadaan yang dhaif dan bahaya kerana:
▶️ Struktur bangunan sudah mula reput, retak dan dihadiri anai-anai
▶️ Bilangan jemaah yang datang ramai tapi ruang masjid kecil dan uzur
▶️ Atap yang sudah lama mulai bocor dan takut menimpa jemaah
▶️ Keselamatan jemaah terancam dan risau berlaku insiden tak diingini
▶️ Pendawaian elektrik yang sudah lama dan berbahaya
Keadaan bumbung masjid pada masa sekarang..
Struktur bumbung yang kian rapuh dan menghakis membahayakan jemaah. Jangan biarkan kerosakan kecil bertambah besar!
JANGAN TAKUT UNTUK BERINFAQ
"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang balik banyak berinfak"
(Riwayat at- Tirmidzi)
Masjid ini perlu dibaik pulih dari segi :
Selenggara & Naik Taraf Insfrastruktur :
- Ganti rangka atap genting masjid yang rosak.
- Ganti kayu utama dan atap genting.
- Perbaiki struktur bangunan yang terjejas.
Pemasangan Awning Baru :
- Pemasangan awning di kawasan parkir kereta.
- Pendawaian tambahan (kipas, lampu, ekzos fan, simen lantai, longkang.
Naik Taraf Pintu Gerbang Utama :
- Pembinaan tembok baru setinggi 6 kaki di pintu utama.
- Papan tanda masjid baru.
- Penambahbaikan sistem lampu di kawasan pintu utama.
Pendawaian Elektrik Baru :
- Penambahan plug point.
- Penggantian pendawaian lama yang rosak.
- Pemasangan sistem solar (panel TNB, inverter, pendawaian).
Sistem PA dan TV :
- Pemasangan sistem PA dan speaker untuk kawasan dalam dan luar masjid.
- Pemasangan TV di ruang solat.
Pemasangan CCTV :
- 16 unit kamera CCTV HD untuk keselamatan.
- 1TB hard disk dan monitor
Jangan biarkan pahala mak ayah kita terhenti! Infaqkan atas nama mereka, hadiahkan sebuah rumah Allah yang lebih kukuh untuk setiap sujud hamba-Nya. Selagi masjid ini berdiri, selagi itulah pahala mengalir untuk mereka di alam sana.
Untuk sumbangan secara manual / Bank Transfer / CDM, boleh bank in ke akaun rasmi Yayasan Mihrab di bawah

atau
INFAQ SECARA ONLINE
(Pilih jumlah dan isi detail dibawah untuk infaq)
