MASJID WAN CHIK ARIFFIN PERLU PULIH SEGERA, RISAU BAHAYA BAKAL MENIMPA JEMAAH!



 Masjid berusia 100 tahun ini memerlukan bantuan anda!


Masjid Wan Chik Ariffin, Pulau Pinang yang telah banyak berjasa lebih daripada 100 tahun, bukan sekadar rumah ibadah, tetapi juga mercu tanda warisan Islam yang bersejarah. Tapi yang sedihnya masjid ini dalam keadaan agak uzur kerana usia yang semakin lanjut. Impian jemaah untuk beribadah dengan tenang dan selamat bulan Ramadhan nanti bergantung pada kita.  

Atas keprihatinan ini, YAYASAN MIHRAB melancarkan Kempen Baik Pulih Masjid Wan Chik Ariffin untuk memastikan masjid ini terus menjadi tempat yang selamat dan selesa bagi semua jemaah yang datang. Jadi, mereka tidak perlu lagi risau atap reput tertimpa mereka sewaktu beribadah. 




 Masjid ini dalam keadaan yang dhaif dan bahaya kerana:

▶️ Struktur bangunan sudah mula reput, retak dan dihadiri anai-anai
▶️ Bilangan jemaah yang datang ramai tapi ruang masjid kecil dan uzur
▶️ Atap yang sudah lama mulai bocor dan takut menimpa jemaah
▶️ Keselamatan jemaah terancam dan risau berlaku insiden tak diingini

Keadaan bumbung masjid pada masa sekarang..
Struktur bumbung yang kian rapuh dan menghakis membahayakan jemaah. Jangan biarkan kerosakan kecil bertambah besar! 


Sekiranya masjid ini kekal uzur, bayangkan dimanakah tempat mereka berkumpul untuk solat berjemaah, menuntut ilmu dan menjalankan aktiviti dakwah? 



Yang perlu dibaik pulih bagi masjid ini :


Selenggara & Naik Taraf Insfrastruktur :
  • Ganti rangka atap genting masjid yang rosak.
  • Ganti kayu utama dan atap genting.
  • Perbaiki struktur bangunan yang terjejas.


Pemasangan Awning Baru :

  • Pemasangan awning di kawasan parkir kereta.
  • Pendawaian tambahan (kipas, lampu, ekzos fan, simen lantai, longkang.


Naik Taraf Pintu Gerbang Utama :

  • Pembinaan tembok baru setinggi 6 kaki di pintu utama.
  • Papan tanda masjid baru.
  • Penambahbaikan sistem lampu di kawasan pintu utama.


Pendawaian Elektrik Baru :

  • Penambahan plug point.
  • Penggantian pendawaian lama yang rosak.
  • Pemasangan sistem solar (panel TNB, inverter, pendawaian).


Sistem PA dan TV :

  • Pemasangan sistem PA dan speaker untuk kawasan dalam dan luar masjid.
  • Pemasangan TV di ruang solat.


Pemasangan CCTV :

  • 16 unit kamera CCTV HD untuk keselamatan.
  • 1TB hard disk dan monitor




    Jadi lah Peneraju Perubahan!

    "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang balik banyak berinfak"
    (Riwayat at- Tirmidzi)

    Setiap sumbangan yang anda beri kami akan pastikan Masjid Wan Chik Ariffin ini terus kekal utuh supaya mereka dapat beribadah dengan tenang dan selesa tanpa rasa takut lagi.
    Bantu baiki masjid ini sekarang!

    Untuk sumbangan secara manual / Bank Transfer / CDM, boleh bank in ke akaun rasmi Yayasan Mihrab di bawah 



    atau

    INFAQ SECARA ONLINE
    (Pilih jumlah dan isi detail dibawah untuk infaq)



    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    Infaq seikhlas hati
    INFAQ RM30
    INFAQ RM50
    INFAQ RM100
    INFAQ RM300
    INFAQ RM500
    INFAQ RM1000
    INFAQ RM3000
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN


    PENGESAHAN