Setiap Sujud dalam Risiko!
Lindungi Rumah Allah Sebelum Terlambat
Masjid Berusia 100 Tahun Ini Menanti Huluran Kasih Anda!
Masjid Wan Chik Ariffin, yang telah menjadi tempat ibadah lebih 100 tahun, bukan sekadar rumah Allah, tetapi juga simbol warisan Islam yang bernilai di Pulau Pinang. Namun, seiring waktu, masjid ini semakin uzur. Alang dan atapnya kian rapuh, mengancam keselamatan jemaah yang datang beribadah. Setiap hari para jemaah berasa gusar. Bimbang rumah Allah ini tidak mampu bertahan lebih lama.
Atas kesedaran ini, Yayasan Mihrab melancarkan Kempen Baik Pulih Masjid Wan Chik Ariffin bagi memastikan masjid ini terus menjadi tempat sujud yang selamat dan selesa. Namun, usaha ini tidak akan berjaya tanpa keprihatinan dan sokongan anda.
Sebelum terlambat, mari bersama-sama menyelamatkan rumah Allah ini. Infaqkan kasih sayang anda hari ini!
Selagi rumah Allah ini masih boleh berdiri, selagi itulah pahala anda akan terus mengalir. Hulurkan infaqmu, sebelum semuanya pergi.
Setiap sumbangan yang anda beri kami akan pastikan Masjid Wan Chik Ariffin ini terus kekal utuh supaya mereka dapat beribadah dengan tenang dan selesa tanpa rasa takut lagi.

.jpg)
