BERSAMA KITA BINA MASA DEPAN ANAK ASNAF
AYUH! HULURKAN SUMBANGAN KITA HARI INI
Kos pendidikan makin tinggi, ramai ibubapa yang terpaksa korbankan impian anak mereka kerana tak mampu menampung pendidikan anak mereka.
Kami bukan salahkan ibubapa mereka tapi kehidupan zaman sekarang ni memang penuh dengan cabaran tambah masalah kewangan
Yayasan Mihrab dengan penuh harapan mengajak anda bersama menaja pendidikan anak-anak asnaf secara percuma agar kemiskinan tidak terus menjadi penghalang masa depan mereka.
Mereka masih kecil, namun ujian hidup terlalu besar.
Ada yang kehilangan ibu ayah, pelajar tahfiz yang serba kekurangan, dan anak-anak istimewa yang mendambakan peluang belajar seperti rakan sebaya.
Jangan biarkan mereka terus terpinggir. Jadilah cahaya harapan buat mereka.
Jika bukan kita, siapa lagi?
Bagaimana sumbangan tuan-puan mampu membantu mereka ?
Jumlah dana diperlukan:
RM 642,000
Jom bantu anak-anak ini untuk dapat
PENDIDIKAN PERCUMA
Sedikit pengenalan tentang siapa Yayasan Mihrab
Yayasan Mihrab adalah sebuah NGO YANG BERDAFTAR dan aktif membawa perubahan positif kepada masyarakat dengan
memberi bantuan berfokus kepada kebajikan, pendidikan, perubatan dan ekonomi.
.jpg)
Setiap ringgit yang tuan puan hulurkan, insyaAllah akan sampai tepat kepada pendidikan anak-anak asnaf ini
Kami di Yayasan Mihrab bertanggungjawab memastikan amanah tuan puan disalurkan sebaiknya demi masa depan mereka.
Dengan lebih 10 kempen dan program yang telah memberi manfaat kepada ribuan penerima, kami yakin dan bersedia untuk terus menjadi
jambatan kebaikan antara anda dan mereka yang memerlukan.
Izinkan kami menjadi wakil sedekah anda.
Sumbangan anda hari ini mampu membuka jalan ilmu buat anak-anak yang tidak berkemampuan — agar mereka tidak terus tercicir dari pendidikan.
Harapan mereka kini ada di tangan anda.
Jom bantu mereka hari ini, sebelum segalanya terlambat !

